Telefon Pintar Oukitel Kini Di Malaysia



Awal tahun ini Oukitel telah memperlihatkan telefon pintar dengan bateri bersaiz “gedabak” mereka, iaitu Oukitel WP33 Pro. Ia hadir dengan bateri bersaiz 22000mAh, sekaligus menjadikannya sebagai antara telefon dengan saiz bateri yang besar.

Terbaru, ia dilihat pihak Oukitel telah mula menawarkan telefon pintar berkenaan untuk pasaran Malaysia. Melalui penyenaraian di Shopee, Oukitel WP33 Pro 5G ditawarkan pada harga RM1505.

Oukitel WP33 Pro hadir dengan skrin 6.6-inci FHD+, cip pemprosesan MediaTek Dimensity 6100+, memori 8GB RAM, dan storan 256GB. Ia turut hadir dengan sokongan 5G, selain dikuasakan sistem operasi Android 13. Melengkapkan ia adalah kamera swafoto 32MP, selain kamera utama dibelakang 64MP.

Bagi anda yang ingin mendapatkan produk Oukitel ini , boleh dapatkan terus melalui kedai rasmi mereka di Shopee sahaja.

0/komen