Bagi pengguna GPU AMD, ciri AMD Fluid Motion Frames (AFMF) menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menjana bingkai tambahan dalam permainan video bagi memberikan pengalaman permainan yang kelihatan serta terasa lebih lancar. Kadar bingkai boleh meningkat sehingga dua kali ganda menerusi ciri AFMF. Dengan kata lain ini ialah jawapan AMD kepada sistem NVIDIA DLSS 3.
Ciri ini AFMF telah dikemaskini dengan AFMF 2 dan boleh digunakan pada kad grafik siri AMD Radeon RX 6000 dan 7000 serta beberapa CPU AMD Ryzen yang dilengkapi Radeon Graphics. Ribuan permainan video disokong oleh AFMF 2 termasuk yang menggunakan Vulkan dan OpenGL.
AFMF 2 telah dioptimasi untuk digunakan pada komputer dengan kad grafik diskrit dan juga kad grafik y yang terbina. Terdapat tetapan untuk menetapkan kadar bingkai maksimum yang boleh dijana oleh AFMF 2 bagi memastikan keserasian dengan kadar sedar semula monitor yang digunakan.
Perisian pemandu terbaru yang mengaktifkan ciri AFMF 2 kini boleh dimuat turun bagi pengguna yang ingin mencubanya menerusi pautan di ini.
Catat Ulasan