Bapa Buang Rantai Berlian RM27,000


Seorang lelaki di Chennai secara tidak sengaja membuang seutas rantai berlian berharga  500,000 rupee (RM27,905) ke dalam tong sampah.

Lelaki dikenali sebagai Devaraj itu menerima hadiah rantai berlian daripada ibunya sebagai hadiah perkahwinan anak perempuan Devaraj.

Sejurus menyedari dia telah membuang rantai itu, Devaraj segera menghubungi pihak berkuasa. 

Selepas pencarian bersungguh-sungguh dilakukan oleh pekerja pembersihan, rantai berlian itu akhirnya berjaya ditemukan.

Pemandu  syarikat pengurusan sisa Urbaser Sumeet yang mendapat kontrak pengurusan sampah di lokasi kejadian, J. Anthonysamy  telah mengetuai pencarian tersebut. 

Rantai berlian itu ditemukan tersangkut pada kalungan bunga di dalam tong sampah.
 

0/komen