Berlian Buatan Manusia


Berlian terhasil di dalam perut bumi apabila karbon menerima tekanan serta suhu tinggi. Ia telah digunakan oleh manusia sebagai perhiasan dan perlombongan seawal 2000 tahun sebelum Masihi, Sehingga 1896, kegiatan melombong berlian hanya berlaku di India.

Tetapi saintis telah berjaya mencipta berlian buatan manusia sejak 1954 dengan ia memerlukan suhu 1400 °C dan tekanan mencecah 5 Gigapascal yang bersamaan dengan 49346 tekanan atmosfera (ATM).

Saintis dari Institute for Basic Science (IBS) dan Ulsan National Institute of Science and Technology (UNIST) di Korea Selatan walau bagaimanapun telah berjaya menghasilkan berlian buatan pada tekanan biasa. Untuk menghasilkannya logam galium, bes, nikel dan silikon digunakan. Kemudian campuran logam ini didedahkan pula kepada gas hidrogen dan metana pada suhu 1,025 °C selama 15 minit di dalam sebuah kebuk pada tekanan 1 ATM sahaja.

Kemudian gas tadi dikosongkan daripada kebuk dan lapisan berlian akan terhasil pada bahagian bawah. Berlian yang terhasil tidaklah dalam jumlah yang banyak atau bersaiz besar. Tetapi ini adalah memadai untuk kegunaan dalam perkomputeran kuantum misalnya. Dengan tekanan yang lebih rendah, berlian buatan ini dapat dihasilkan dengan kos yang lebih murah.
 

0/komen