Sebuah kereta jenama Bentley yang dipenuhi karat selepas terbiar selama 60 tahun, dilelong pada harga £100,000 (RM604,739).
Kereta model Bentley Red Label Speed keluaran tahun 1926 tersebut terbiar di dalam bangsal sehingga dipenuhi karat dan debu, tayar kempis serta cat yang sudah lekang.
Kereta dengan kapasiti enjin 3.0 liter itu dibina oleh Bentley khusus untuk acara perlumbaan, dengan model serupa pernah mendominasi perlumbaan 24 Jam Le Mans yang terkenal sepanjang tahun 1920-an.
Nilai kenderaan tersebut ketika ini dianggarkan mencecah £300,000 (RM1.8 juta) sekiranya dibaik pulih.
Ia kini dilelong di Historics Auctioneers di Iver, England, dengan anggaran nilai jualan antara £75,000 (RM453,554) hingga £95,000 (RM574,502).
“Jarang sekali untuk menemui Bentley daripada model Label Red ‘Speed’ 1926 yang sangat lengkap,” kata jurulelong, Fraser Smith.
Catat Ulasan