
Sejenis cecair berwarna hijau pucuk pisang mengalir turun dari siling dan membasahi lantai Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, Florida, sehingga mengganggu penerbangan Khamis lalu.
Cecair itu pada mulanya menutupi jubin di sekitar kawasan tempat duduk terminal pada waktu pagi dan menyebabkan beberapa bahagian dikepung menggunakan pita keselamatan.
Menurut Pengarah Komunikasi Jabatan Penerbangan Miami-Dade, Greg Chin, cecair yang muncul sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) itu berpunca daripada sistem penyaman udara dengan pewarna hijau diletakkan di dalamnya, bagi memudahkan punca kebocoran dapat dikesan.
Cecair hijau itu telah dibersihkan pada pukul 10.30 pagi (waktu tempatan).
Catat Ulasan