
Seramai 14 pelajar sekolah tinggi Jepun dimasukkan ke hospital selepas memakan kerepek kentang ‘super pedas’.
Lebih 30 pelajar sebuah sekolah tinggi di Tokyo dilaporkan berkongsi makan kerepek itu semasa waktu rehat apabila sebilangan mereka mengadu mual dan rasa sakit pada bahagian mulut.
14 daripada mereka dikejarkan ke hospital dengan kesemua pesakit berada dalam keadaan sedar tetapi sekurang-kurangnya seorang mangsa memerlukan kerusi roda.
Seorang pelajar lelaki membawa kerepek itu ‘hanya untuk keseronokan’ selepas memakannya dan mendapati ia ‘super pedas’.
Kerepek kentang terbabit daripada jenama R18+ Curry Chips.
Menurut laman web pengilang, pengguna berumur bawah 18 tahun dilarang memakan kerepek keluarannya kerana ‘hidangan ini terlalu pedas dan boleh menyebabkan anda berasa sakit’.
“Kandungan besar lada pedas dikenali sebagai ‘lada hantu’ digunakan sebagai ramuannya,” kata syarikat sama.
Catat Ulasan