Ikan Misteri Jatuh Dari Langit


Seekor ikan jatuh dari langit dan menghempap cermin sebuah kereta di New Jersey, Amerika Syarikat.

Cynthia dan Jeff Levine berkata, mereka mendengar bunyi kuat di luar rumah mereka di Atlantic Highland sebelum keluar untuk meninjau kejadian itu.

Namun, cermin kereta milik pasangan tersebut retak, kesan daripada hentakan ikan.

Pasangan tersebut percaya bahawa ikan itu dibawa oleh seekor burung helang.

“Jika ada burung yang mendengar, tolong jangan letakkan (ikan) di sini,” katanya secara bergurau. 
 

0/komen