Leica D-Lux 8 Di Lancarkan


Leica D-Lux 8 merupakan kamera digital premium baharu yang bersaiz kompak. Ia juga masih mengekalkan rekabentuk umum yang sama seperti generasi sebelum. Namun peningkatan telah diberikan untuk sistem kawalan yang lebih memudahkan pengguna bersama antaramuka yang diinspirasikan daripada kamera siri Leica Q.


Kamera ini menggunakan sensor 21 Megapixel micro 4:3 yang digandingkan dengan kanta Leica DC Vario-Summilux 10.9-34mm f / 1.7-2.8 ASPH (bersamaan dengan 24-75 mm dalam format 35 mm). Selain turut menawarkan sokongan untuk format DNG (fail RAW) sekaligus menjadikannya kamera D-LUX terawal yang menyokongnya. Penggunaan bersama aplikasi Leica FOTOS pula membolehkan pengguna memindahkan gambar diantara kamera dan telefon pintar dengan mudah.



Ciri lain yang ada pada kamera ini juga adalah skrin sesentuh di bahagian belakang. Selain itu, ia akan didatangkan dengan pelbagai koleksi aksesori baharu yang menarik. Setakat ini Leica masih belum berkongsi spesifikasi penuh tetapi kamera ini tersedia di seluruh dunia mulai 2 Julai 2024 dengan harga EUR €1,590 (~RM8,121) sebuah.



 

0/komen