Leka ‘Posing’ Tengah Jalan


Seorang kanak-kanak nyaris dilanggar sebuah motosikal ketika sekumpulan pelancong leka bergambar di tengah jalan raya di Gunungkidul, Jogjakarta.

Kejadian berlaku di Laluan Jalan Lintas Selatan.Kumpulan individu yang dipercayai sekeluarga, berdiri di tengah jalan untuk merakam gambar ketika jalan raya lengang, sehingga menghalang laluan sebelah kanan.

Sebuah motosikal yang dipandu perlahan menghampiri kumpulan tersebut, namun seorang kanak-kanak tiba-tiba melintas di hadapan kenderaan itu.

Susulan insiden yang tular itu, Ketua Unit Trafik Polis Gunungkidul, Asisten Komisioner Polis Kevin Ibrahim mengingatkan orang ramai bahawa jalan raya bukan tempat untuk pejalan kaki, apatah lagi bagi mereka yang mahu merakam gambar.

“Perbuatan ini sangat membahayakan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Kevin selain itu mengingatkan masyarakat agar merakam gambar di tempat yang selamat dan tidak membahayakan nyawa pengguna jalan raya. 

0/komen