Marshall Minor IV Pula Di Malaysia


Fon telinga nirwayar Marshall Minor IV turut telah disenaraikan di Malaysia. Ia boleh dibeli pada harga RM699 dengan pilihan warna hitam melalui Lazada dan Shopee. Selain diberikan juga waranti selama setahun untuk setiap pembelian.


Marshall Minor IV dilengkapi rekaan baharu yang direka semula yang bukan sahaja menyerlahkan gaya, malah menjanjikan kelesaan maksimum. Bahan binaan digunakan juga terdiri daripada 90% plastik yang dikitar semula. Selain mempunyai piawaian kalis air IPX4 untuk pelindungan tambahan.

Sepasang pemandu audio dinamik 12mm digunakan dengan julat frekuensi daripada 20-20,000 HZ. Ia turut dilengkapi sistem kawalan dipertingkatkan yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi termasuk mengawal audio dan panggilan masuk dengan mudah. Selain terdapatnya kemampuan memainkan dan menghentikan audio secara automatik melalui fungsi khusus yang diberi.


Tambatan pantas pula melalui bluetooth 5.3 yang menyokong sambungan pada berbilang peranti serentak dan bluetooth LE. Bateri disertakan boleh berfungsi sehingga 7 jam untuk fon telinga seterusnya meningkat lebih 30 jam dengan bantuan pod pengecas. Pengecasan pula boleh dibuat secara berwayar dan nirwayar.

 

0/komen