Tindakan segelintir orang ramai terutama ibu bapa yang ‘selamba’ membiarkan anak mereka bermain ombak kuat di Pantai Teluk Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang mengundang kemarahan.
Menerusi video ini, ombak kuat di pantai tersebut, namun masih terdapat pengunjung yang degil tidak mengendahkan keselamatan.
Berikutan itu, amaran tegas wajar di kenakan kepada pengunjung di situ supaya tidak mandi di pantai tersebut susulan keadaan yang tidak mengizinkan.
Amaran merah, diminta semua pengunjung Pantai Teluk Bayu dan Tanjung Asam tidak mandi-manda di laut ketika ini. Angin dan ombak yang amat kuat.
Situasi begini amat berbahaya dan boleh mengundang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Susulan dari video yang tular ini, pihak polis telah datang ke pantai tersebut serta melarang orang ramai mandi di situ.
Sementara itu, orang ramai juga meminta ibu bapa sentiasa prihatin dengan keadaan bahaya tersebut.
Dah nampak ombak tinggi, tak mahu keluar dari air lagi. Emak bapa tolong jaga anak-anak tu. Menyesal kemudian tak berguna.
Catat Ulasan