Oppo Reno12 Dan Reno12 Pro Dilancarkan


Dua lagi peranti di bawah keluarga Oppo Reno dilancarkan. Kali ini Oppo Reno12 dan Reno12 Pro yang kedua-duanya memberikan penekanan kepada kemampuan fotografi dan juga rekaan tubuh yang nipis. Ia dilancarkan hanya empat bulan selepas siri Reno11 dipasarkan di Malaysia.

Oppo Reno12 dilengkapi skrin 6.7 “AMOLED FHD 120Hz, dijana cip Dimensity 8250, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri pula sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.


Kamera utama di belakang terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP (1/1.95″) OIS, lensa telefoto 50MP dan lensa ultra lebar 8MP. Sementara itu di hadapan kamera 50MP digunakan dengan ia diletakkan dalam lubang kamera di skrin. Tubuh peranti melepasi piawaian kalis air IP65. Sistem speaker pula adalah mono serta tiada bicu audio. Namun begitu peranti hadir dengan pemancar IR.

Oppo Reno12 Pro yang lebih mercu dilengkapi skrin 6.7 “AMOLED FHD 120Hz, dijana cip Dimensity 9200+, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri pula sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.


Kamera utama di belakang terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP (1/1.56″) OIS, lensa telefoto 50MP dan lensa ultra lebar 8MP. Sementara itu di hadapan kamera 50MP juga digunakan dengan ia diletakkan dalam lubang kamera di skrin. Sensor kamera yang digunakan pada model ini ialah Sony IMX890.

Seperti Reno12, tubuh Reno12 Pro turut melepasi piawaian kalis air IP65, dilengkapi speaker mono, tiada bicu audio dan juga terdapat pemancar IR di bahagian atas.

Harga jualan peranti adalah seperti di bawah.

Oppo Reno12 (12/256 GB) – RMB 2700 (~RM 1759)
Oppo Reno12 (12/512 GB) – RMB 3000 (~RM 1954)
Oppo Reno12 (16/256 GB) – RMB 3000 (~RM 1954)
Oppo Reno12 (16/512 GB) – RMB 3200 (~RM 2085)
Oppo Reno12 Pro (12/256 GB) – RMB 3400 (~RM 2215)
Oppo Reno12 Po (16/256 GB) – RMB 3700 (~RM 2410)
Oppo Reno12 Po (16/512 GB) – RMB 4000 (~RM 2606)
 

0/komen