Panasonic LUMIX S9 Dilancarkan


Panasonic mengumumkan kamera nircermin bingkai penuh baharu LUMIX S9 dengan tubuh bersaiz kompak dan ringan. Sekaligus menjadikannya mudah digunakan serta mampu mewujudkan pengalaman baharu menyeronokkan dalam kalangan pencipta kandungan. Terdapat empat pilihan warna diberikan yang termasuk Jet Black, Crimson Red, Dark Olive dan Night Blue.
Turut menjadi tumpuan ialah butang khusus untuk mengaktifkan fungsi LUT di bahagian belakang kamera, dan sehingga dua fungsi LUT boleh digunakan serentak. Melaluinya pengguna kini boleh bertukar ganti diantara fungsi LUT atau profil warna yang berbeza dengan mudah tanpa perlu lagi mencari di bahagian menu utama. Malahan pengguna turut boleh mencipta profil warna LUT unik mereka sendiri melalui aplikasi LUMIX LAB baharu.

LUMIX S9 dilengkapi sensor 24.2MP CMOS yang boleh dipadankan bersama lensa boleh ditukar. Ia dipadankan pula dengan cip pemproses imej terkini untuk pengalaman lebih baik. Selain turut mempunyai sistem autofokus yang dipertingkatkan bersama sistem penstabilan terbina dengan teknologi Active I.S yang amat berguna untuk memastikan rakaman kekal stabil dalam pelbagai senario.

Kemampuan rakaman boleh dibuat maksimum 6K30FPS dalam format 4:2:0 10-bit. Selain terdapatnya format rakaman baharu MP4 Lite yang memudahkan pengguna merakam video berkualiti tinggi dalam format optimum untuk telefon pintar. Dalam masa sama boleh mengubah saiz nisbah aspek dengan mudah agak sesuai digunakan untuk siaran media sosial melalui aplikasi LUMIX Lab.

LUMIX S9 masih menawarkan skrin sensentUH yang boleh dicondongkan yang besar diputar meskipun hadir dengan saiz yang kompak. LUMIX S9 akan mula dipasarkan pada Jun 2024 dengan harga bermula USD $ 1,500 (~RM7,072) sebuah.

 

0/komen