Pod Eutanasia Pertama Untuk Bunuh Diri Di Perkenalkan


Eutanasia ialah proses dimana hayat seseorang dibenarkan menamatkan hayat sendiri atas sebab untuk mengurangkan penderitaan. Ia adalah lazim pada haiwan tetapi adalah topik yang penuh kontroversi apabila dilakukan pada manusia kerana dilihat sebagai membunuh diri. Switzerland kelak akan membenarkan pod eutanasia pertama ditawarkan kepada mereka yang ingin menamatkan penderitaan mereka.

Kumpulan advokasi eutanasia The Last Resort berkata, pod Sarco akan memulakan operasi dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Sarco mengepam gas nitrogen ke dalam kebuk kedap udara. Dalam masa 30 saat, kandungan oksigen dalam udara akan turun dari 21% ke 0.05% menyebabkan individu di dalam pod mengalami hipoksi menyebabkan kematian dalam masa 5 minit. Menurut The Last Resort, individu di dalam Sacro tidak akan terseksa dan akan mati dengan tenang.


Sacro kali pertama diperlihatkan pada tahun 2019 setelah dibangunkan selama enam tahun. Untuk memulakan proses eutanasia, individu perlu menjalani saringan psikiatri bagi memastikan mereka tidak dipaksa dan sedar apa yang ingin mereka lakukan. Butang melepaskan gas nitrogen di dalam Sacro akan ditekan sendiri oleh individu.

Walaupun kos membina Sarco menelan belanja €650,000 (~RM 3.3 juta), hanya 18 Swiss francs (~RM94) dikenakan ke atas individu iaitu kos untuk botol nitrogen yang digunakan. Switzerland adalah antara negara yang membenarkan amalan eutanasia atas sebab-sebab kesihatan yang serius.

0/komen