Punca Kemalangan Maut Penunggang 'Superbike'


SATU kemalangan maut dilaporkan berlaku membabitkan motosikal berkuasa tinggi bersama sebuah kereta yang membelok secara tiba-tiba dari lorong kanan untuk keluar ke susur kiri jalan dalam kejadian di Jalan Yahya Aldatar, Johor Bahru, Johor, pada Sabtu lalu.


Kejadian tersebut dirakam oleh kamera papan pemuka kenderaan yang berada di lokasi.

Berdasarkan klip video ini, penunggang berkenaan yang dipercayai maut dalam kejadian tersebut dilihat terpelanting ke tepi jalan raya selepas berlanggar dengan kereta jenis Perodua Viva berwarna hitam.


Menerusi maklumat awal diperolehi, kereta terlibat dalam kemalangan itu didakwa melarikan diri dari lokasi kejadian.


Setakat laporan ini ditulis, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut...


0/komen