Rakam ‘Content’ Atas Lebuh Raya


Aksi seorang remaja selamba berjalan di atas sebuah lebuh raya telah mengundang perhatian orang ramai.

Menerusi rakaman ini, remaja itu dilihat menyeberang lebuh raya dengan santai.

Lebih mengejutkan apabila dia sempat ketawa dan melakukan aksi berbahaya itu demi kandungan media sosial semata-mata. 

Sementara itu, Pengarah Latihan Perunding Pertahanan Keselamatan Indonesia (SDCI), Sony Susmana, berkata, remaja terbabit seharusnya mengetahui risiko bahaya yang dihadapi.


Katanya, perbuatan remaja itu juga melanggar peraturan lalu lintas. 

“Tapi sekali lagi, mereka masih mencari jati diri. Jika ibu bapa tidak mengawasi anak-anak mereka, maka petugas harus turun padang untuk memberikan teguran dan hukuman yang setimpal,” kata Sony.
 

0/komen