Salah Pilih Kawan


Firman Allah SWT:

يَٰوَيْلَتَىٰ لَيْتَنِى لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا

“Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!” 

Surah al-Furqan: Ayat 28

- Banyak kekecewaan yang berlaku dalam kehidupan manusia. Namun antara kekecewaan yang akan menjadi penyesalan yang paling dahsyat di akhirat kelak adalah penyesalan kerana salah pilih kawan.

- Umar bin Khattab berkata: “Tidaklah seseorang diberikan kenikmatan setelah Islam, yang lebih baik daripada kenikmatan memiliki saudara (semuslim) yang soleh. Apabila engkau dapati salah seorang sahabat yang soleh maka pegang lah erat-erat.” 

- Sahabat yang baik boleh membawa kita ke syurga. Salah memilih sahabat akan menjadi penyesalan yang abadi di hari akhirat kelak.
 

 

0/komen