Selamba Hulur Tangan Dalam Mulut Buaya


Seorang nelayan di Tanah Laut, wilayah Kalimantan Selatan terkejut apabila menemui seekor buaya berukuran lebih 1 meter panjang tersangkut pada jaringnya.

Menerusi rakaman ini, penduduk tempatan dilihat berkumpul untuk menyaksikan reptilia tersebut. 

Ia turut dikerumuni oleh kanak-kanak yang melihat buaya itu pada jarak dekat. 

Mereka dengan selamba memegang badan buaya yang masih hidup itu, seolah-olah tidak berasa takut. 


Manakala seorang penduduk tempatan memasukkan tangan ke dalam mulut repitlia tersebut.

Buaya itu bagaimanapun dilihat hanya berdiam diri dan tidak bergerak.

0/komen