Syarikat Nanyang menafikan laporan media yang mendakwa bahawa sepasang selipar keluarannya dikenali sebagai Elephant-Star, dijual pada harga 43,000 baht (RM5,555) di Arab Saudi.
Ia jauh lebih tinggi berbanding harganya di Thailand.
Sepasang selipar itu dijual di Thailand pada harga hanya 109 baht (RM14.08).
Pengarah Nanyang Marketing Co., Ltd, Piya Sosothikul berkata di laman Facebook bahawa video penjualan selipar itu sudah lama menjadi tular di media social.
Ia menunjukkan selipar tersebut dijual di sebuah kedai mewah di Riyadh.
Namun katanya, video itu sebenarnya palsu.
“Ini adalah klip video beberapa tahun lalu di China dan ia muncul semula baru-baru ini. Saya ingin menjelaskan bahawa ia tidak benar,” kata Piya.
Laman Facebook Nanyang turut menafikan laporan itu dengan menganggapnya sebagai ‘kisah lucu dari luar negara.’
Pada awalnya, video itu menyebabkan perdebatan hangat dalam kalangan netizen Thailand yang melahirkan rasa hairan dengan harga yang luar biasa di Arab Saudi.
Catat Ulasan