‘Seronok’ Berenang Dalam Sampah


Sejumlah pengunjung yang sanggup berenang bersama sampah sarap di sebuah pantai di Indonesia.

Senario itu berlaku  di Pantai Pasir Putih, Kecamatan Katibung dalam wilayah Lampung. 

Menerusi rakaman ini, sebilangan pengunjung terutamanya kanak-kanak dilihat sedang berseronok dan merendamkan diri dalam air kotor itu. 

Lebih mengejutkan apabila air tersebut dipenuhi sampah sarap yang terapung, seperti plastik, sisa makanan dan botol air mineral. 


Menurut pengunjung, mereka dikehendaki membuat pembayaran untuk masuk ke pantai itu.

Biarpun disediakan dengan pelbagai kemudahan, kebanyakan orang berasa ‘geli’ untuk menggunakan atau memanfaatkannya.

Namun, ada pengunjung yang sanggup berenang bersama ‘hiasan’ pantai itu tanpa rasa segan. 

0/komen