Ujian Dahsyat Terhadap Iman


Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah ﷺ  bersabda:

بَادِرُوا بِالأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا

Maksudnya: "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang beriman pada waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman pada waktu petang, kemudian keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit harta benda dunia."

Riwayat Muslim (118)

- Hadis ini menerangkan kepada kita betapa dahsyatnya ujian terhadap iman seseorang di akhir zaman. Begitu cepat perubahan yang berlaku. Iman yang begitu mahal boleh gugur dengan godaan dalam satu malam atau sehari sahaja.

- Mudah mudahan Allah SWT menjadikan kita di antara orang yang berilmu dan beramal dengan ilmunya sehingga dengan itu Allah SWT menyelamatkan iman kita daripada ujian besar ini.
 

 

0/komen