Unifi Melancarkan UniVerse


Unifi telah melancarkan sebuah pelan dan pakej baharu yang menyatukan semua dalam satu langganan, dinamakan UniVerse. Dibawah UniVerse, beberapa penawaran disediakan – dimana ia mengabungkan perkhidmatan jalur-lebar, perkhidmatan mudah-alih dan juga akses kepada perkhidmatan penstriman – semua pada satu harga yang sangat kompetitif.

Melalui salah satu pelan yang menjadi fokus pada Universe adalah pelan gabungan jalur-lebar Unifi 300Mbps bersama Un5G Postpaid 39 yang menawarkan data 30GB bersama panggilan tanpa had, serta akses Netflix 24 bulan secara percuma, pada harga RM169 sebulan.

Dengan langkah ini, orang ramai boleh menguruskan pelbagai perkara melibatkan gaya hidup digital dibawah satu bil dengan mudah. Pengguna juga tidak perlu pening dalam menguruskan bil-bil berbeza, dan mengalami masalah dalam pengurusannya.

Selain pelan ini, pihak Unifi juga menyediakan akses kepada langganan Unifi bersama Unifi TV, serta beberapa variasi berkas langganan lain dibawah pelan UniVerse ini. 
 

0/komen