Wanita Kurang Sopan Depan IPK Pulau Pinang


Polis masih belum menerima laporan berhubung video tular membabitkan kejadian seorang wanita yang dikatakan berkelakuan kurang sopan di khalayak ramai di Jalan Penang, di sini.

Kejadian tersebut berlaku berhampiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Kompleks Chowrasta.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, semalam satu klip video dimuat naik yang memaparkan kejadian seorang individu mengganggu ketenteraman awam di jalan raya.


“Semakan mendapati kejadian tersebut berlaku di Jalan Penang, di sini dan sehingga kini tiada menerima sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian berkenaan,” katanya di sini .

Menerusi video klip yang tular di media sosial, seorang wanita didapati melakukan aksi-aksi kurang sopan kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan berkenaan.

Ramai mendakwa wanita tersebut kurang siuman dan dilihat merayau di sekitar pusat bandar. 

0/komen