Aksesori Gaming Bertemakan Watak-Watak Dari Jenama Sanrio


Razer, syarikat pembuat aksesori dan peranti gaming terkemuka dari Singapura dan juga Sanrio, syarikat disebalik jenama popular Hello Kitty baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama dimana Razer akan menawarkan aksesori-aksesori gaming mereka dengan tema watak-watak Hello Kitty untuk menyambut ulang-tahun ke-50 Sanrio.


Ini termasuklah fon kepala gaming Razer Kraken Kitty V2 BT Hello Kitty and Friends Edition, papan kekunci Razer Ornata V3 Tenkeyless Hello Kitty and Friends Edition, pad tetikus Razer Gigantus V2 Medium Hello Kitty and Friends Edition, kerusi gaming Razer Enki X Hello Kitty and Friends Edition dan tetikus gaming Razer Orochi V2 Hello Kitty and Friends Edition.


Kesemua aksesori-aksesori gaming ini dilihat hadir dengan rekaan berwarna merah jambu dan mempunyai lakar corak watak-watak dari siri Hello Kitty, seperti Hello Kitty sendiri, Badtz Maru, My Melody, Kuromi, Pompompurin dan sebagainya.


Beberapa aksesori ini, seperti Razer Enki X dan Orochi V2 merupakan pengganti kepada kolaborasi diantara dua syarikat sebelum ini, yang menggunakan kerusi gaming Razer Iskur X dan DeathAdder Essential.

Hanya Razer Kraken Kitty V2 BT Hello Kitty and Friends Edition dan Razer Ornata V3 Tenkeyless Hello Kitty and Friends Edition boleh dibeli di pasaran Malaysia.




Untuk kerusi gaming dan tetikus gaming Hello Kitty and Friends Edition ini, Razer mengatakan bahawa kedua-dua aksesori ini adalah eksklusif untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja.

Untuk pasaran Malaysia, fon kepala gaming Razer Kraken Kitty V2 BT Hello Kitty and Friends Edition dan papan kekunci gaming Razer Ornata V3 Tenkeyless Hello Kitty and Friends Edition kini ditawarkan di kedai-kedai pengedar rasmi Razer pada harga RM829 dan RM699.

0/komen