Budak Tampal Sendiri Jalan Berlubang


Seorang kanak-kanak di Indonesia mengundang perhatian orang ramai selepas menampal sendiri jalan yang berlopak di hadapan rumahnya.

Menerusi video ini, budak  berbaju biru itu dilihat membancuh simen dan pasir.



Dia kemudian menuangkan dan meratakan campuran semen itu pada lubang-lubang di atas jalan. 

Lebih menarik, dia meletakkan kerusi kayu dan sebatang bambu di sekelilingnya sebagai penanda untuk lalu lintas. 

Budak ini lebih peka daripada pemerintah.Ini budak yang harus dijadikan contoh.

 


0/komen