Cermin Mata Speaker JBL Soundgear Frames Kini Di Malaysia


Mengenai peranti boleh pakai, pasti jam tangan pintar terlintas dalam fikiran. Yang terbaru menjadi trend adalah cermin mata pintar seperti Ray-Ban Meta. Walaupun begitu penawaran cermin mata pintar sudah bertahun berada di pasaran Malaysia seperti jenis memfokuskan kepada audio. Terbaru adalah JBL Soundgear Frames.


JBL Soundgear Frames sebagai TWS  tidak memerlukan fon telinga disumbat ke dalam telinga, sebaliknya mendengar audio dengan lebih bergaya. Cermin mata ini menggunakan JBL OpenSound Technology dengan setiap tangkai cermin mata memuatkan pemandu audio speaker segi empat amplitud jenis dinamik bersaiz 25mm x 9 mm. Dua mikrofon untuk menjawab panggilan telefon atau menggunakan pembantu maya dengan ciri membatalkan hingar turut disediakan.

JBL menjanjikan bateri bertahan sepanjang 8 jam dengan satu pengecasan. Kemudian caj hanya 10 minit boleh guna sehingga 2 jam. JBL Soundgear Frames turut dibina untuk tahan lasak seperti menyokong perlindungan air dan debu IP54, direka untuk ringan dan selesa dipakai sepanjang hari. Pengecasan adalah melalui USB-C dan tiada butang disertakan kerana buka tangkai akan menghidupkan cermin mata ini.



Logo JBL pada bahagian tangkai pula adalah untuk kawalan gestur. Ia turut boleh dikawal dengan aplikasi JBL Headphones untuk lebih mudah dan tidak janggal. JBL Soundgear Frames mula dijual di Malaysia  pada harga RM999.

JBL turut memperlihatkan Xtreme 4, Clip 5 dan Go 4 yang telah dikemaskini dengan Auracast serta audio lebih baik. Kemudian jika ada yang  berminat dengan TWS yang ada skrin terbina, Live Beam 3 TWS turut dijual. Untuk perbelanjaan sehingga RM1500, JBL GO3 akan diberikan secara percuma. Sementara pembelian dari RM500-RM1999 atau RM2000 ke atas akan melayakkan anda menerima 2 token untuk cabutan bertuah khas.

0/komen