Cip Snapdragon 4s Gen 2 Kini Rasmi

Snapdragon 4s Gen 2 telah dilancarkan sebagai cip pemprosesan dengan sambungan 5G yang mampu milik. Ia juga memberi tumpuan terhadap peningkatan kecekapan kuasa yang meletakkan prestasinya diantara cip Snapdragon 4 Gen 1 dan Snapdragon 4 Gen 2.

Ia dibina menggunakan teknologi 4nm yang dilengkapi lapan teras CPU (2x Cortex-A78 cores, 6x Cortex-A55 cores). Ia juga menyokong memori LPDDR4X RAM bersama storan dalaman berasaskan UFS 3.1. Diikuti juga dengan sokongan untuk paparan sehingga FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz dan sistem kamera sehingga 84MP yang juga boleh merakam video maksimum 1080P/60FPS.

Terdapat juga kemampuan 5G terbina dengan kelajuan yang dihadkan sehingga 1Gbps berbanding 2.5Gbps pada Snapdragon 4 Gen 2. Ciri-ciri lain yang ada pada cip pemprosesan baharu ini adalah sokongan codec audio nirwayar apTX Adaptive, sambungan WiFi 5 dan bluetooth 5.1.



Qualcomm mengesahkan bahawa peranti yang dijana oleh cip pemprosesan ini akan tiba sebelum penghujung tahun ini dengan Xiaomi menjadi salah satu pengeluar yang menggunakannya.

0/komen