Seorang pencuri motosikal yang disoal siasat selepas ditangkap mengaku dia mencuri untuk menghalang isteri panas baran daripada meninggalkannya.
Anggota-anggota dari Balai Polis Bang Lamung mengesyaki lelaki berusia 31 tahun itu yang dikenali sebagai Watcharapong, mencuri motosikal penduduk setempat.
Dia menjual sebuah motosikal yang dicuri itu pada harga semurah 5,000 baht (RM636).
Pasukan polis menyerbu rumah Watcharapong di Kampung Soi Pornthep pada Selasa lalu dan mendapati dia sedang tidur di bilik tidurnya sebelum ditangkap.
Polis menemui sebuah motosikal berwarna kelabu di luar rumahnya dan memeriksa nombor casis sama ada ia sepadan dengan motosikal yang hilang di sebuah restoran.
Menurut Watcharapong, dia mencuri enam buah motosikal dengan pemiliknya meninggalkan kunci tergantung pada suis untuk menghidupkan enjin.
Ketika ditanya mengenai motifnya, dia mendakwa pernah bekerja sebagai buruh binaan tetapi kemudiannya hilang pekerjaan.
Lelaki itu bimbang si steri akan meninggalkannya jika dia miskin.
“Saya bimbang dia akan lari. Dia akan keluar rumah setiap kali kami bergaduh. Saya perlu mencuri motosikal untuk mencarinya apabila dia keluar dari rumah. "
“Saya menjual beberapa kenderaan yang dicuri pada harga yang murah dan membelanjakan wang itu untuk menjaga isteri saya dan juga membeli dadah,” katanya.
Catat Ulasan