
Gempa bumi kuat bermagnitud 7.1 menggegarkan selatan Jepun hari ini tetapi tiada kerosakan besar dilaporkan dan cuma ombak kecil tsunami melanda pesisir pantai.
Gempa itu berlaku pukul 4.42 petang (waktu tempatan) di luar pantai Kyushu pada kedalaman 25 kilometer, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
USGS pada awalnya melaporkan dua gempa bumi kuat dengan magnitud 6.9 dan 7.1 tetapi kemudian menyatakan hanya satu gegaran berlaku.
“Kesilapan ini telah diperbetulkan. Terdapat hanya satu gempa bumi,” kata USGS.
Lampu isyarat bergegar kuat di Miyazaki, pantai tenggara Pulau Kyushu.
“Saya berasa gegaran ini selama 30 saat hingga satu minit,” kata seorang pegawai tempatan.
Tiga orang cedera di Miyazaki tetapi tidak menyebut tahap kecederaan mereka.
Ombak tsunami setinggi 0.5 hingga 1 meter dijangka dan telah tiba di sesetengah kawasan pantai di Kyushu dan Kepulauan Shikoku.
Tsunami kecil juga mungkin berlaku di Chiba, kira-kira 850 kilometer dari pusat gempa.
Catat Ulasan