Harimau Terkam Selepas Diejek


Satu rakaman video menunjukkan seekor harimau menerpa ke arah seorang wanita selepas dia mengganggu binatang buas itu di sebuah zoo di negeri New Jersey.

Wanita tidak dikenali  itu dipercayai ‘mengejek’ binatang itu.

Dia cuba menarik perhatian seekor harimau Bengal di Zoo Cohanzick, Bridgeton dengan memasukkan tangan melalui celah pagar yang memisahkan kedua-duanya. 

Harimau itu mendekati wanita berkenaan dan cuba menerkamnya. 

Pelawat itu kemudian meninggalkan kandang tersebut.

Jabatan Polis Bridgeton mengeluarkan rakaman itu pada Selasa lepas tetapi tidak menyatakan tarikh sebenar kejadian.


Polis  sedang mencari wanita itu.“Sebarang tingkah laku pelawat yang meletakkan haiwan, kakitangan dan orang awam dalam situasi berpotensi berbahaya adalah tidak boleh diterima dan akan ditangani sewajarnya,” kata Pengarah Rekreasi dan Hal Ehwal Awam Bandar Bridgeton, John Medica 

Harimau seberat hampir 300 kilogram itu lahir pada 2016 dan didermakan kepada Zoo Cohanzick.

0/komen