Honor X60i Dilancarkan


Honor X60i telah dilancarkan di China sebagai pengganti kepada X50i Plus sebelum ini. Sekali lagi rekaan seumpama iPhone digunakan dengan ia dipadankan dengan spesifikasi pertengahan. Peranti juga ringan dan nipis dengan berat 172-gram serta ketebalan 7.18mm.

Selain itu ia menggunakan skrin OLED 6.7″ FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Cip Mediatek Dimensity 6080, memori sehingga 12GB RAM, storan dalaman 512GB dan perisian terkini MagicOS 8.0 (berasaskan Android 14) digunakan untuk tunjang utama. Bateri 5,000mAh disertakan pula boleh dicas melalui port USB-C dan pengecasan 35W.



Turut disediakan ialah sistem dwi-kamera utama 50MP+2MP dengan susunan kamera pada iPhone 11. Diikuti dengan kamera swafoto sebesar 8MP yang diletakkan dalam lubang kamera bujur seakan Dynamic Island pada peranti iPhone. Terdapat juga pengimbas cap jari sisi dan penarafan kalis air IP64 sebagai pelengkap. Di China Honor X60i dijual pada harga bermula RMB1399 (~RM890).

0/komen