Sebagai salah satu pengeluar peranti boleh pakai utama di global, Huawei mempunyai rangkaian jam tangan pintar yang pelbagai dalam memenuhi keperluan pengguna khususnya barisan Watch GT. Penambahbaikan kualiti yang berterusan juga dilakukan untuk meningkatkan ketepatan pengukuran data kesihatan sekaligus boleh mengekalkan kelebihan daya saing.
Sejajar dengan itu Huawei hari ini melancarkan Huawei TruSense System baharu yang meningkatkan kapasiti pemprosesan data sebanyak 15% lebih baik. Di samping mampu mengurangkan kadar kehilangan isyarat sebanyak 20% dan meningkatkan ketepatan pemantauan kadar denyutan jantung terutamanya semasa bersenam.
Pada asasnya Huawei TruSense Sytem adalah teknologi pemantauan kadar degutan jantung dengan gabungan sensor dan algoritma yang dipertingkatkan untuk proses menganalisis data yang lebih tepat dengan mempelajari aktiviti pengguna yang berbeza-beza. Bagi menyampaikan hasil yang berkualiti beberapa pendekatan baharu telah diberi perhatian termasuk tahap kelajuan, fleksibel dan ketepatan.
Dalam masa sama, Huawei juga banyak melabur dalam penyelidikan dan pembangunan sistem untuk memperkenalkan teknologi yang lebih efisien seterusnya bantu meningkatkan kualiti produk. Pendekatan ini meningkatkan ketepatan data sebanyak 15% walaupun dalam keadaan bacaan yang kurnag optimum seperti senaman dinamik seperti berlari, lompat tali atau dalam persekitaran suhu rendah.
Huawei TruSense System juga boleh mengukur lebih daripada 60 petunjuk (indicators) kesihatan dan kecergasan meliputi enam sistem utama badan manusia, dan juga penilaian terhadap kesejahteraan emosi. Tetapi bagaimana sistem baharu ini berfungsi? Secara asasnya sensor disertakan akan memantau kadar degupan jantung dan sistem saraf manusia secara masa nyata. Kemudian algoritma digunakan untuk memproses dan menganalisi data tersebut menjadi penilaian yang bermakna untuk mengubah gaya hidup lebih sihat.
Peningkatan menarik juga dapat dilihat berdasarkan kemampuan mengukur kadar oksigen dalam badan (SpO2) kini 40% lebih pantas dan membolehkan ia dibuat dalam masa hanya 15saat. Huawei juga mampu mencapai kejituan itu disebabkan keterbukaan mereka untuk bekerjasama dengan platform berbeza seperti pakar dalam bidang perubatan, komperni kesihatan dan penyelidikan yang berterusan.
Huawei memberitahu turut sentiasa menambah baik kemampuan sistem dari masa ke semasa bagi memebuhi keperluan terkini selari dengan perkembangan teknologi. Peranti boleh pakai Huawei dengan sokongan sistem baharu ini bakal tiba sekitar September akan datang.
Catat Ulasan