Lelaki Afrika Terbabit Kes Samun


Polis menembak mati seorang lelaki warga asing disyaki terbabit dalam beberapa kes samun di kawasan PJS, di sini, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 petang semalam.

“Suspek ditembak mati oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman."



“Lelaki berkenaan dipercayai warga asing dari Afrika yang disyaki terbabit dalam beberapa kes samun,” katanya .

Sementara itu, tinjauan di lokasi mendapati pasukan siasatan dan forensik berada di lokasi kejadian.
 

0/komen