Lelaki Berparang, Cota Cuba Samun Wanita


 “Mak mentua dan kakak ipar sekeluarga hampir-hampir nak kena samun”.

Demikian kata seorang pengguna media sosial @nafasafiqah selepas keluarganya berdepan detik cemas di sebuah stesen minyak berdekatan Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), di sini, awal pagi semalam.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1 pagi tadi selepas mengisi minyak di kawasan berkenaan.

“Suspek bersenjatakan parang dan cota. Lebih kurang empat suspek yang terlibat."


“Seorang bermotosikal dan lagi tiga orang menaiki kereta. Nombor plat kereta dan motosikal tak nampak,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, dia juga turut berkongsi rakaman papan pemuka (dashcam) dan beberapa keping gambar dipercayai Toyota Estima yang mengalami kerosakan.


Cermin tingkap bahagian penumpang di belah kiri dilihat mengalami kerosakan seperti dilibas dengan objek tajam

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian.



“Kita ada terima laporan dan kes ini masih dalam siasatan,”ujarnya.


 

0/komen