Lelaki Tidur Atas Landasan


Seorang lelaki tidur dengan tenang di atas landasan kereta api dengan menggunakan sekaki payung untuk berlindung daripada panas matahari.

Namun, ketika dia sedang tidur,  sebuah kereta api bergerak ke arahnya.

Bagaimanapun, kereta api tersebut kemudian berhenti dan pemandunya turun untuk mengejutkan lelaki tersebut.


Insiden itu berlaku ketika kereta api berkenaan yang sedang dalam perjalanan dari Prayagraj dalam negeri Uttar Pradesh  menuju ke Pratapgarh, menghampiri persimpangan kereta api Mau Aima. 

Selepas lelaki itu bangun dan beredar dari landasan, kereta api itu  meneruskan perjalanannya.

 
 

0/komen