Lenovo ThinkPad T14s Diperkenalkan


Lenovo baru-baru ini telah memperkenalkan komputer riba ThinkPad terbaru mereka, iaitu Lenovo ThinkPad T14s yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon X Elite yang terbaru.

Komputer riba ini hadir dengan paparan skrin OLED bersaiz 14 inci dengan resolusi 2800×1800 dengan sokongan HDR True Black 500 dan boleh mengolah 100 peratus gamut warna DCI-P3 dan menyokong teknologi paparan Dolby Vision.


Dari segi penawaran memori dan storan, Lenovo mengatakan ThinkPad T14s mereka ini tampil dengan memori LPDDR5X sebanyak 32GB dan juga storan SSD PCIe 4.0 sebesar 1TB. Komputer riba ini juga hadir dengan rekaan nipis dan ringan dengan berat 1.24KG sahaja dengan berat 16.9mm, yang membuatkannya mudah dibawa kemana-mana.

Dari segi sokongan palam, ThinkPad T14s ini hadir dengan dua palam USB4 Type-C, dua palam USB 3.2 Type-A, satu palam HDMI 2.1, palam audio 3.5mm dan juga sokongan untuk sambungan nirwayar WiFi7 dan Bluetooth 5.4.

Ciri “utama” komputer riba ThinkPad T14s ini, menurut Lenovo ialah bateri 58Wh mereka yang menjanjikan jangka hayat penggunaan selama 29 jam dengan satu pengecasan penuh. Menurut Lenovo, angka ini didapati selepas ujian memainkan video dijalankan, dan angka inilah yang digunakan untuk mempromosi komputer riba ini.

Buat masa ini, Lenovo ThinkPad T14s ini hanya ditawarkan untuk pasaran China .

0/komen