Monitor LG UltraGear OLED 32GS95UE Di Malaysia


LG telah mengumumkan monitor gaming UltraGear OLED 32GS95UE baharu di Malaysia. Ia dilengkapi teknologi Dual-Hz Mode yang membolehkan monitor bertukar ganti diantara dua mod paparan UHD 240Hz dan FHD 480Hz dengan mudah serta lancar. Seterusnya sesuai dijadikan pilihan ideal untuk para gamers yang menginginkan pengalaman bermain yang lebih optimum.


LG UltraGear OLED 32GS95UE dilengkapi skrin OLED 16:9 sebesar 31.64″ dengan nisbah kontras 1500000:1 (Typ.). Ia juga menyokong teknologi-teknologi paparan seperti NVIDIA G-SYNC, AMD FreeSync Premium Pro dan HDR10 untuk pengalaman tontonan yang terbaik. Dalam masa sama skrin juga mempunyai permukaan matte yang bantu mengurangkan isu silau pada paparan.


Terdapat juga cagak yang boleh dilaraskan dalam pelbagai sudut selain boleh juga dipasangkan pada dinding dengan mudah. Input yang disokong ialah HDMI 2.1, DisplayPort 1.4, USB-A 3.1 dan USB-B 3.1. Bagi yang berminat, LG UltraGear OLED 32GS95UE dijual pada RM6,299 sebuah dengan ketersediaan melalui pengedar sah LG di seluruh Malaysia.

0/komen