Nubia Flip Kini Rasmi Di Malaysia


Baru baru ini ZTE telah melancarkan telefon katup pertama mereka Nubia Flip. Ia mempunyai skrin OLED di dalam bersaiz 6.9-inci dan skrin bulat di luar bersaiz 1.43-inci. Cip Snapdragon 7 Gen 1 menjana telefon ini dan ia turut dilengkapi dengan kamera utama 50-megapixel. Kini selepas lima bulan diperkenalkan, ia rasmi di Malaysia dengan jaminan oleh ZTE Malaysia sendiri.

Nubia Flip yang telah dijual di Malaysia sejak bulan April lepas, sayang sekali jualan tersebut adalah untuk versi global. Nubia menggunakan teknologi Dual-rail Suspended Centerboard untuk skrin dalam kelihatan kemas hampir tiada kesan lipatan dan menjamin boleh bertahan sehingga 200,000 kali lipatan. Skrin bulat di luar menawarkan akses pantas kepada notifikasi seakan jam tangan pintar dan juga haiwan peliharaan maya seakan Tamagotchi.



Selain kamera 50MP, turut terdapat sensor 2MP untuk kedalaman dan kamera swafoto 16MP di dalam. Bateri peranti adalah 4310mAh dengan pengecasan pantas 33W dan speaker peranti pula adalah stereo DTS:X Ultra. Nubia Flip dijual pada harga RM2499 dengan dua pilihan warna iaitu Sunshine Golden atau Cosmic Black dengan satu variasi sahaja 12/256 GB.

0/komen