Oppo A18 Kini Ditawarkan Lebih Murah


Oppo A18 telah dilancarkan di Malaysia tahun lalu. Ia dipasarkan sebagai peranti yang sesuai untuk kegunaan asas dalam kelompok pengguna tertentu khususnya pelajar. Peranti kini dijual pada RM399 sebuah iaitu pengurangan dari harga asalnya RM459.

Peranti ini menggunakan skrin LCD sebesar 6.56″ HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga dijana dengan cip Mediatek Helio G85, memori 4GB RAM, storan128GB dan bateri 5000mAh. Ini dipadankan dengan dwi-kamera utama 8MP + 2MP dan kamera swafoto 5MP. Terdapat juga sokongan pengimbas cap jari sisi, sambungan bluetooth 5.3, kalis air IP54 dan menjalankan ColorOS 13.1 sebagai pelengkap.
 

0/komen