
Di acara Computex Taipei baru-baru ini kehadiran komputer kerdil gaming berkuasa ASUS ROG NUC. ASUS telah membeli hak-milik tidak eksklusif untuk menggunakan jenama Next Unit of Computing keluaran Intel untuk produk-produk mereka, dan ini adalah salah satu daripadanya.

Salah satu pembekal kelengkapan PC terkemuka tempatan, Thundermatch telah membuka pra-tempah untuk komputer ASUS ROG NUC ini, dan dilihat menawarkan dua model yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core Ultra 7 dan Intel Core Ultra 9, memori DDR5 16GB (8GBx2) dengan kelajuan 5600MHz dan storan SSD PCIe 4.0 yang boleh dinaiktarafkan sendiri.
Dari segi penawaran grafik, kedua-dua model ROG NUC ini menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4070 yang cukup berkuasa untuk menggerakkan pelbagai permainan moden pada resolusi QHD dan 4K pada tetapan tinggi, dan boleh menyokong sehingga empat paparan skrin 4K menggunakan palam-palam video yang hadir melalui kad grafik ini.
Thundermatch mengatakan bahawa tempahan untuk komputer ini sudahpun mula dibuka bermula dari15 Jun yang lalu.

Tanda harga untuk komputer ini ditetapkan pada RM8999 untuk model yang dikuasakan cip Intel Core Ultra 7, dan RM10,999 untuk komputer yang dikuasakan cip Intel Core Ultra 9.
Catat Ulasan