Penggodam Dakwa Berjaya Mencuri Data 4 Juta Pelanggan


Data sekitar 4 juta data yang didakwa milik pelanggan U Mobile telah dijual menerusi pasaran gelap Breachforum semalam( 16 Julai 2024 ). Penggodam meminta USD $5000 / RM 21891 untuk data pengguna yang telah berjaya dicuri ini.

Pihak U Mobile mengeluarkan kenyataan di bawah.

“U Mobile mengetahui dakwaan dakwaan pelanggaran data baru-baru ini. Kami sedang menyiasat keadaan ini secara aktif. Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk menangani perkara ini dengan berkesan dan akan memberikan kemas kini yang berkaitan sebaik sahaja maklumat yang disahkan tersedia. Kami ingin memberi jaminan kepada semua pihak berkepentingan bahawa kami mengambil serius hal keselamatan siber dan privasi data dan mendedikasikan semua sumber untuk menyiasat situasi ini dengan teliti“

Breachforum menjadi tempat dagangan pelbagai data peribadi yang beraya dicuri oleh penggodam. Beberapa ketirisan data dari Malaysia sebelum ini juga pernah ditawarkan menerusi forum ini. Walaupun pengendali laman telah dimasukkan ke dalam senarai dikehendaki FBI dan laman asal telah dirampas, ia kini masih beroperasi menggunakan alamat baharu.
 

0/komen