Pengguna Kripto Pegang Aset Hampir RM10 Trilion


Bilangan individu memiliki aset mata wang kripto melebihi AS$1 juta (RM4.32 juta) di seluruh dunia melonjak 95 peratus sejak setahun lalu, berjumlah 172,300 orang.

Laporan dinamakan The Crypto Wealth Report 2024 oleh firma Henley & Partners itu turut mendedahkan bahawa kini terdapat 325 jutawan centi iaitu mereka yang memiliki mata wang kripto berjumlah AS$100 juta(RM432 juta) atau lebih tinggi. Ia merupakan peningkatan sebanyak 79 peratus.

Jumlah bilionair kripto pula bertambah 27 peratus kepada 28 individu kesemuanya.

Menurut laporan sama, terdapat 560 juta pengguna matang kripto di seluruh dunia yang memiliki aset bernilai AS$2.3 trilion (RM9.93 trilion), meningkat sebanyak 89 peratus.

Angka tersebut termasuk pemilik Bitcoin iaitu mata wang kripto paling bernilai di dunia.

Bilangan pemilik Bitcoin yang mempunyai pegangan lebih AS$1 juta melonjak 111 peratus kepada 85,400 orang di seluruh dunia
 

0/komen