PlayStation Portal Di Malaysia


Sony mengumumkan penawaran PlayStation Portal untuk pasaran Malaysia, dimana ia akan dijual pada harga RM999 untuk pasaran tempatan. PlayStation Portal ini akan dipasarkan secara rasminya pada 9 Oktober 2024, tetapi mereka yang berminat boleh melakukan pra-tempahan bermula dari 5 Ogos 2024 yang lalu



PlayStation Portal merupakan salah satu peranti yang menawarkan sokongan permainan jarak jauh atau “Remote Play” bagi konsol PlayStation 5. Ia hadir dengan skrin 8-inci LCD dengan keupayaan 1080p, dan boleh strim permainan terus daripada PlayStation 5.

Dengan adanya peranti ini, pengguna boleh memainkan permainan PlayStation 5 tanpa perlu duduk di hadapan televisyen, dan bermain di bilik berbeza dalam rumah. PlayStation Portal berhubung ke PlayStation 5 secara WiFi, dengan sekurang-kurangnya 5Mbps untuk digunakan.

0/komen