Remaja Bawa Ducati Dirempuh Skuter


Seorang remaja berusia 17 tahun cedera selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang, dirempuh sebuah skuter yang datang dari arah berlawanan di Aceh.

Menerusi rakaman ini, mangsa yang membawa motosikal jenama Ducati itu terjatuh dan terbaring kesakitan di atas jalan raya. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) juga menunjukkan penunggang skuter dengan selamba membuat pusingan u secara tiba-tiba di tengah jalan yang sibuk sebelum berlaku pelanggaran. 


Kejadian berlaku di Jalan Banda Aceh-Medan, berhadapan Balai Polis Lhokseumawe, sekitar pukul 4 petang (waktu tempatan). 

Ramai yang mengecam tindakan penunggang skuter kerana dianggap membahayakan keselamatan orang lain. 

Sudah salah berlawanan arus, kena ganti rugi lagi. Itu motosikal mahal.
 

0/komen