Siri Realme 13 Pro Rasmi

Siri Realme 13 Pro telah dilancarkan secara rasmi di India . Sebanyak dua model disediakan dengan tumpuan terhadap sistem kamera lebih baik. Terdapat juga ciri berasaskan AI disediakan untuk pengalaman penggunaan peranti lebih baik.


Realme 13 Pro+ 5G dilengkapi skrin OLED 6.7″ FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan ciri tambahan lain yang termasuk nisbah kontras 5000000:1, kecerahan puncak maksimum 1200nits dan kemampuan memaparkan paparan sehingga 1.07 bilion warna. Ia juga dijana dengan cip Snapdragon 7s Gen 2, memori12GB RAM, storan 512GB. Diikuti pula perisian RealmeUI 5.0 berasaskan Android 14 dan bateri 5200mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W sebagai pelengkap.

Tri-kamera digunakan pula terdiri dengan 50MP Sony LYT-600 (periskop) + 50MP Sony LYT-701 (utama) + 8MP (ultra-lebar) bersama OIS. Kamera swafotonya pula sebesar 32MP yang diletakkkan dalam lubang kecil pada skrin hadapan. Ciri-ciri lain yang ada pada peranti ialah pembesar suara stereo dengan Hi-Res Audio, kalis air IP65 dan pengimbas cap jari terbina di skrin.
Realme 13 Pro 5G turut menggunakan skrin OLED 6.7″ FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 7s Gen 2, memori 12GB RAM,storan dalaman 512GB dan bateri 5200mAh. Sistem pengecasan diberikan sekadar 45W yang lebih rendah berbanding versi Pro+.

Kemudian sistem kameranya pula terdiri dengan 50MP Sony LYT-600 (utama) + 8MP ultra-lebar bersama OIS di belakang dan swafoto sebesar 32MP. Sekali lagi tiada sokongan sensor periskop diberikan di sini seperti yang terdapat pada versi Pro+. Ciri-ciri lain yang ada pada peranti ialah pembesar suara stereo dengan Hi-Res Audio, kalis air IP65 dan pengimbas cap jari terbina di skrin.



Kedua-duanya juga digandingkan dengan teknologi pengimejan baharu Realme yang dipanggil HYPERIMAGE+. Selain turut mengintegrasikan ciri berasaskan AI yang diyakini mampu meningkatkan pengalaman fotografi ke tahap lebih baik. Ciri yang disediakan merangkumi AI HyperRAW Algorithm, AI Pure Bokeh, AI Natural Skin Tone, AI Ultra Clarity, AI Smart Removal, AI Audio Zoom dan AI Group Enhance.

Di India Realme 13 Pro 5G dijual bermula INR23,999 (~RM1,322) sementara itu Realme 13 Pro+ 5G pula bermula INR29,999 (~RM1,653) sebuah.

0/komen