
Malang tidak berbau apabila seorang lelaki tercampak ke atas jalan raya setelah sebuah tayar tiba-tiba melayang ke arah motosikal ditunggangnya.
Kejadian kira-kira pukul 11.46 pagi kelmarin itu difahamkan berlaku di Simpang Taman Bukit Seputeh berdekatan pusat beli-belah Mid Valley.
Menerusi rakaman ini, sebuah tayar dipercayai milik kenderaan berat tiba-tiba melayang ke arah penunggang motosikal tersebut yang berada di lorong tengah.
Akibat kejadian itu, mangsa tercampak ke atas jalan raya diikuti dengan motosikalnya berpusing beberapa kali.
Kelihatan tayar ‘terbang’ itu juga menghentam bahagian depan kenderaan pemilik video kamera papan pemuka yang turut berada di lorong tengah.
Difahamkan penunggang motosikal tersebut terselamat namun mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian termasuk kepala.
Pemilik kenderaan tersebut yang dikenali sebagai Elmi berkata, dia bernasib baik sempat mengelak mangsa tersebut ketika tercampak di hadapan kenderaannya.
Catat Ulasan