Seekor burung helang yang diselamatkan dari sebuah taman negara di negeri Missouri, didapati terlalu gemuk untuk terbang kerana terlebih makan rakun.
Wilson’s Creek National Battlefield berkata ,beberapa pegawai Jabatan Pemuliharaan Missouri dikerahkan ke taman berkenaan untuk menangkap burung tersebut.
“Ia pada awalnya dilaporkan mengalami kecederaan."
“Bagaimanapun, helang itu didapati sihat tetapi perutnya dipenuhi dengan rakun atau dalam kata lain, ia terlalu gemuk untuk terbang,” katanya.
Ujian saringan X-ray daripada Zoo Dickerson Park menunjukkan makanan baru dihadam, yang kelihatan seperti seekor rakun yang besar.
“Helang itu akhirnya berjaya dipulihkan dan dilepaskan semula ke taman,” tambah kenyataan yang sama.
Catat Ulasan