Xiaomi Smart Band 9 Diperkenalkan



Xiaomi turut memperkenalkan kemaskini kepada gelang tangan pintar mereka, melalui Xiaomi Smart Band 9. Ia hadir dengan rekaan yang mungkin sedia dikenali ramai, dan penawaran masa penggunaan sehingga 21 hari lamanya.

Xiaomi Smart Band 9 menggunakan skrin 1.62-inci AMOLED berwarna, dengan kadar kecerahan 1200-nits. Xiaomi menyatakan model baharu ini membawakan kadar bacaan dan pemantauan yang lebih jitu berbanding generasi sebelum ini. Kadar pemantauan denyutan nadi dan juga pemantauan corak tidur juga telah ditambah-baik berbanding sebelum ini.

Gelang tangan pintar ini menawarkan sokongan Bluetooth 5.4 untuk berhubung kepada telefon pintar, selain turut hadir dengan sokongan NFC.

Melengkapkan ia adalah pelbagai pilihan muka jam berbeza, selain sokongan pemantauan kecergasan dan pelbagai mod latihan yang diintegrasikan padanya.

Di China, Xiaomi Smart Band 9 ditawarkan pada harga CNY 249, iaitu sekitar RM160.
 

komen