Acer Aspire Vero 16 Kini Di Malaysia


Acer Aspire Vero adalah keluarga laptop mesra alam yang menggunakan bahan binaan plastik dan kaca yang dikitar semula. Model terbaru adalah Acer Aspire Vero 16 yang diperlihatkan pada awal tahun ini dengan lebih 60% bahan binaan kitar semula. Kini laptop ini mula dijual di Malaysia secara rasmi.

Laptop ini dilengkapi dengan skrin 16-inch WUXGA (1920 x 1200) bernisbah 16:10. Untuk pasaran Malaysia, Acer hanya menawarkan model dengan cip pemprosesan Intel Core Ultra 7 155U. Ia dipadankan dengan memori 16GB of LPDDR5X dan storan dalaman 1TB PCIe Gen4 SSD. Bateri Aspire Vero 16 ini boleh bertahan sehingga 10.5 jam dengan sekali cas melalui pengecasan 65W.


Bukan sahaja tubuh diperbuat daripada bahan kita semula, pad sesentuh juga menggunakan kaca OceanGlass kitar semula. Terdapat juga dua port USB-C Thunderbolt 4 dan HDMI 2.1 untuk sambungan aksesori tambahan. Acer Aspire Vero 16 (AV16-51P-74JM) mula dijual  dengan harga RM4,999.

0/komen